Meluat dengan Blog ada lagu


Hai, Salam, entah kenapa hari ni rasa macam rajin sangat nak tulis blog, haha..
Mungkin idea terlalu banyak sangat kot, tak pa, tulis dulu, nanti time nak tulis idea pulak tak dak kan? Ini dah ada idea, better tulis siap-siap la kan?

Korang pernah tak bukak blog-blog seseorang tu pastu tiba-tiba blog dia ada lagu, macamna korang rasa? Kalau korang jenis suka macam tu tak pa la kan?tapi bagi orang yang tak suka dengar lagu, bila dia buka blog yang ada lagu tu mesti dia rasa meluat dengan blog yang ada lagu tu kan? 

Tu salah satu teknik untuk bagi blog kita rajin orang kunjung jugak, tak perlu lah letak lagu dalam blog kita kan, kekadang tu kalau orang tengah bukak blog-blog kita sambil layan lagu feberet diorang, tiba-tiba buka blog korang yang ada lagu, sudah tentu esok diorang tak mau buka dah blog korang tu sebab kacau dia nak dengar lagu kan?

Bagi aku la, aku pun meluat jugak nak buka blog yang ada lagu ni, kekadang jadi slow pun ada jugak, sebab aku guna netbook je, hehe.. =_=.. 
So tak perlu lah nak letak lagu-lagu dalam blog korang tu, kalau nak letak jugak lagu, biarlah yang bukan auto play, iaitu time orang nak dengar je tekan, lagipun kalau orang melawat blog tu, bukannya diorang tengok lama-lama pun kan? diorang akan tengok macamtu je, so kalau ada lagu pun mustahil dia akan dengar lagu tu sampai habes.

Ini Pendapat aku je, kalau korang rasa tak puas hati korang leh komen kat sini, sebab aku pun blogger yang baru juga. :)))

Like sini sekali yer..

Tutorial like untuk blogger


Kalau kita buat blog, mesti kita nak bagi orang suka kan? So kalau ada orang suka, takkan diorang tengok macam tu je kot kan? mesti diorang akan share dengan rakan-rakan diorang, so kali ni saya nak bagi tutorial untuk bubuh butang like untuk blog , Mesti ada yang dah tau cara-cara nak pasang benda ni kat blog masing-masing kan? Tapi kekadang ada yang letak script tu tapi tak jadi pn kan? Kali ni saya akan tunjuk cara betul untuk meletakkan butang like untuk blog anda dengan berkesan dan mesti jadi punya.

1. First skali bukak design kat blog anda pastu amik edit html dan kemudian check kan kat expand template macam gambar kat bawah ni
2. Lepas tu tekan Ctrl + F akan kluar kotak search kan? taipkan " <data:post.body/>  "dalam tu. dan setelah jumpa pastekan code di bawah ini

<script>var flike = {url : &quot;<data:post.url/>&quot;,buttonType : &quot;standard&quot;,width : &quot;450&quot;,height : &quot;25&quot;,showFaces : &quot;false&quot;}</script><script src='http://orkut-share.googlecode.com/svn/trunk/flike.js'></script>

Nak paste kat mana? Tengok gambar bawah ni.
Klik kalau nak bagi besar.

Setakat itu saja, 
Tekan like :)

Rumah Syaitan


Bukan Cerita lawak, ini cerita betul

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis.

Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.

Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.

Sumber Sini

Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.

Ini la orang panggil rumah syaitan kan?, nama ja pusat kebajikan, tapi perangai yang orang dalam tu macam layanan sampah, sampai terpaksa tidur dengan najis, anjing. Dah tu ada yang kena rantai pulak tu, diorang ni semua tak rasa bersalah ke,  kalau nak cari rezeki tu, buat cara elok-elok mesti laku punya pusat kebajikan tu kan? Tapi biasala, zaman sekarang macam-macam benda boleh jadi kan?

Cashout yang kedua dari ipanel Online

cashout ipanel
Atas ni bukti pengeluaran tunai dari ipanel online, masuk sekarang dah dua kali aku cashout dari program ni, memang program ni bukan scam dan ianya memang benar-benar bayar kat aku, dengan hanya jawab survey selama beberapa minit. Cukup RM5 maka boleh cashout dan Inilah hasilnya. Walaupun sikit tapi best :)

Boleh join kat sini

Awas Milo Palsu



Berapa lama tak rasa milo yang lori ais mai kat sekolah tu kan? Milo tu entah, rasa macamna ntah, rasa lemak dari biasa, nak bancuh sendiri pun tak sesedap milo lori tu, haha, Saja buat entry pasal milo ais sikit harini.

Milo Palsu? What shall, ada kah milo palsu kat Malaysia ni?Jawapan dia memang ada la bro, tak caya korang try la gi mintak milo ais kat kedai-kedai mamak, try korang mintak Milo Ais tengok, apa yang korang dapat, adakah ianya Milo yang korang tengok di pasar-pasaraya jawapanya sudah tentu tidak.

Diorang guna serbuk koko yang nama dia bukan Milo, korang tak caya korang try la cek tengok.haha, aku tak tau la kat kedai tempat korang minum tu diorang guna milo betul, tapi kebanyakan Milo ais kat sini diorang guna seperti yang aku cakap kat atas tu. diorang guna koko biasa saja yang harga dia mungkin lagi murah dari MILO.

Masalahnya sekarang, bukan milo tu palsu, tapi depa yang tipu kita kan?minuman tu bukan lagi boleh dipanggil Milo ais, tapi kena panggil KOKO Ais tak gitu? :)

Tekan Like :)

Tips Menaikkan Pengunjung Blog



menaikkan pengunjung blog
Klik gambar kalau nak nampak clear.LOL

Dulu pertama kali buat blog ni tak rajin update, pastu tiba-tiba datang semangat balik, so kat atas tu bukti baru 3 Hari Update blog traffik dah macam tu. Mungkin tak sengaja kot. :)

Sekarang ni Lawak Tipu post satu benda yang korang pasti teringin sangat nak tau kan?tambah-tambah para-para blogger atau para-para sakura sedemikian, iaitu cara-cara atau tips menaikkan pengunjung blog, best??mesti la best, kita buat blog untuk bagi orang ramai baca kan?ada juga yang buat blog sekadar hobi, tapi kita suka tengok visitor-visitor semakin bertambah, maka kita jadi semangat lagi nak tulis blog kan?

Ada juga antara kita yang buat blog gila-gila tapi visitor blog dia sehari baru sorang je tengok, itu pun dia jugak, hehe..mungkin mereka belum tau lagi tips tips menaikkan pengunjung blog, saya pun baru juga dalam blog ni, dulu pernah juga buat blog, tapi macam biasa, putus asa dan tinggal macam tu ja, so saya bangkit dan buat lagi, harap kali ni berjaya lah kot.InsyaAllah.


Tengok trafiik jem kat gambar atas tu, mesti pening kepala kan setiap pemandu yang ada dalam kereta tu, tapi itu trafik jem kat jalan raya, tak sama dengan trafik kat blog, kat blog lagi ramai trafik, lagi la orang senyum lebar kan?haha..
Baiklah tak mau berleter panjang bawah ni ada tips sikit nak menaikkan pengunjung blog kita.

1. Korang daftar benda kat bawah ni, Mungkin boleh juga di pakai. Saya join yang tu dan memang ternyata trafik blog saya sehari dari website ini dapat lebih kurang 300 orang
Klik link ini--->Traffik Banyak

2. Korang leh la try search kat internet cara-cara nak guna yang tu, saya tak da masa nak terangkan banyak-banyak. Lagi satu, korang leh try cara lama iaitu cara "Aku kunjung kau, kau kunjung aku" cara tinggalkan link dekat Shoutmix, itu cara paling simple, cari saja blog-blog mana yang ada shoutbox tu, tinggal link ja dan post bagitau depa "Kunjung balik yer" atau apa-apa jer la.

3. Korang post la komen kat setiap blog yang korang rasa cambest sikit, kalau tak best pun korang wat-wat best je la, orang akan rasa seronok kalau ada orang komen kat entry kita walaupun entry kita tu tak best, percayalah. sapa yang tak best kalau ada orang komen entry kita kan? Pastu tinggal link blog kita, nanti mesti depa akan kunjung blog kita balik tanda terima kasih. Percaya la cakap saya.

4. Mesti kita semua ada facebook kan?guna la facebook untuk promote blog kita tu, sekurang-kurangnya leh tarik perhatian member-member kita untuk tengok blog kita walaupun tak ramai ,pastu kalau terer try masukkan butang 'like' kat blogpost macam yang saya buat ni, so, kalau ada orang suka, depa akan tekan like dan link tersebut automatik masuk dalam wall diorang, secara tak sengaja korang dapat free trafik dari rakan-rakan orang yang klik tersebut.

5. Main S.E.O juga penting, saya tak berapa pakar sangat dalam ni, boleh google tengok cara-cara dia, semuanya main dengan keyword dan title pastu ada la sikit main dengan entry post. Leh try jugak yang tu.

6. Tengok kat sidebar saya, ada banner kecik iaitu pingmysite, backlink, busuk tu semua korang leh try tengok, mana tau dengan cara ni kita leh dapat traffik lagi banyak kan? so, cubalah tak salah mencuba

tips terakhir ialah Rajin buat benda tu setiap hari baru la blog kita semakin hari semakin meningkat, hehe, saya bagi idea ja, tapi saya tak buat pun, sebab tak rajin.

Ops, ada satu lagi lupa, Tips nak menaikkan pengunjung blog juga, yang paling penting sekali, try cuba untuk rajinkan untuk post entry-entry terbaru, dengan cara ni, blog kita sentiasa aktif dan sentiasa akan dapat perhatian dari encik google dan encik yahoo.. 

Sekian saja dari saya yang Ikhlas : lawak tipu


Tekan like tanda terima Kasih :)

Bukan Lawak : Bencana Seluruh Alam

Ini bukan cerita lawak, ini juga bukan kisah tipu, ini kisah benar-benar terjadi di bumi kita, iaitu bencana seluruh alam, bencana ini mungkin tidak berlaku di negara kita buat masa sekarang, tapi gambar-gambar di bawah ni menunjukkan beberapa negara di seluruh negara yang mengalami bencana yang dahsyat ini, bencana ini bukan sahaja berlaku di satu tempat, malah berlaku di merata dunia termasuk negara Australia. Bencana seluruh alam ini digelar sebagai "Badai Pasir" ataupun "Ribut Pasir".




Lagi Gambar Klik Sini :

Lagi


Bayangkan Bencana Pasir Ini Melanda negara kita?Kalah jerebu tahun 1990brapa ntah dulu..Boleh sesak nafas bro.
Setakat ini sahaja info tentang bencana seluruh alam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...