Lidah Buaya/ Aloevera

 
Hai, harini ada lagi fakta yang mungkin anda belum tahu, begini, adakah anda tahu tentang daun lidah buaya atau aloevera?
Bagaimana daun lidah buaya ini ditanam?
Pada zaman dahulu, buaya suka makan sayur-sayuran, tetapi oleh kerana kelaparan, buaya tersebut memakan daun dan tanaman orang di kawasan kampung, maka penduduk kampung tersebut menangkap buaya tersebut lantas memotong lidahnya kerana telah mencuri tanaman orang, dan lidah buaya tersebut dibuang kedalam hutan. Tanpa disedari, lidah buaya tersebut sudah membiak sehingga harini dan telah popular untuk dibuat penawar. Begitu juga dengan buaya, disebabkan buaya takut dipotong lidahnya, maka dia tidak lagi memakan sayuran, sebaliknya mereka lebih menggemari daging.

(Lidah Buaya yang dipotong telah menjadi daun akibat sumpahan)

Asal Usul Katak/Frog

 

Ramai yang tidak tahu dari apakah wujudnya seekor katak, tak kiralah samada katak puru, katak pisang ataupun katak kodok, semuanya dari baka yang sama. Lihat carta diatas, kacukan antara ayam dan kambing, boleh menghasilkan seekor katak.
Namun ramai yang tidak percaya bahawa katak berasal dari kacukan dua haiwan berkenaan, mereka lebih mempercayai bahawa katak berasal dari planet marikh namun dicanggah oleh para saintis
kerana mereka telah mengkaji bahawa katak sebenarnya berasal dari dua haiwan yang telah dinyatakan di atas.

Karpet Di Perbuat Dari Bulu Singa Betina

tahukah anda karpet yang dijual oleh pakistan di malaysia adalah mengunakan bulu singa betina.
hampir 80% penduduk dimalaysia menggunakan nya utk tidur,selain itu basikal yang mereka gunakan adalah basikal yang dicuri di pakistan dan di import kesini.di samping itu juga anjing juga dihias mnjadi singa tapi hakikatnya anjing adalah anjing.

Duit Syiling Diperbuat Dari Kulit Harimau

Tahukah anda pada tahun 1390, seorang saintis telah menemui cara untuk menghasilkan duit syiling 50SEN, dan beliau mendapati bahawa kulit harimau adalah satu-satunya bahan penting dalam penghasilan duit syiling50SEN , maka dengan itu, terciptalah duit syiling pertama dari kulit harimau.
  
DUIT SYILING DARI KULIT HARIMAU MASIH DIGUNAKAN SEHINGGASEKARANG.
Pendapat Anda?

Bermulanya Blog Untuk Lawak Tipu

 
Hai, Apa khabar semua, harini bermulanya blog yang terbaru iaitu blog lawak tipu, dalam blog ini, anda akan diceritakan oleh kami dengan fakta-fakta yang tidak masuk akal dan lawak sehingga anda gelak tak berhenti, maka dengan itu, selalulah kunjugi blog kami ini, semoga anda ceria dan gembira selalu ok.

Kajian Mendapati sesiapa yang gelak selalu boleh mengubat penyakit, maka dengan itu, selalulah gelak ketawa setiap hari hahahahaha, Kepada sesiapa yang tak suka blog ini, anda tidak diminta untuk meneruskan bacaan anda dalam blog ini.

Blog ini juga akan diupdate dari masa ke semasa, dan jika blog ini mendapat sambutan yang menarik, kami akan menukar domain name ini dengan nama yang lebih menarik dari biasa, maka dengan itu, rajin-rajinlah kunjung blog lawak tipu ini ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...