Klik gambar kalau nak nampak clear.LOL
Dulu pertama kali buat blog ni tak rajin update, pastu tiba-tiba datang semangat balik, so kat atas tu bukti baru 3 Hari Update blog traffik dah macam tu. Mungkin tak sengaja kot. :)
Sekarang ni Lawak Tipu post satu benda yang korang pasti teringin sangat nak tau kan?tambah-tambah para-para blogger atau para-para sakura sedemikian, iaitu cara-cara atau tips menaikkan pengunjung blog, best??mesti la best, kita buat blog untuk bagi orang ramai baca kan?ada juga yang buat blog sekadar hobi, tapi kita suka tengok visitor-visitor semakin bertambah, maka kita jadi semangat lagi nak tulis blog kan?
Ada juga antara kita yang buat blog gila-gila tapi visitor blog dia sehari baru sorang je tengok, itu pun dia jugak, hehe..mungkin mereka belum tau lagi tips tips menaikkan pengunjung blog, saya pun baru juga dalam blog ni, dulu pernah juga buat blog, tapi macam biasa, putus asa dan tinggal macam tu ja, so saya bangkit dan buat lagi, harap kali ni berjaya lah kot.InsyaAllah.
Tengok trafiik jem kat gambar atas tu, mesti pening kepala kan setiap pemandu yang ada dalam kereta tu, tapi itu trafik jem kat jalan raya, tak sama dengan trafik kat blog, kat blog lagi ramai trafik, lagi la orang senyum lebar kan?haha..
Baiklah tak mau berleter panjang bawah ni ada tips sikit nak menaikkan pengunjung blog kita.
1. Korang daftar benda kat bawah ni, Mungkin boleh juga di pakai. Saya join yang tu dan memang ternyata trafik blog saya sehari dari website ini dapat lebih kurang 300 orang
Klik link ini--->Traffik Banyak
2. Korang leh la try search kat internet cara-cara nak guna yang tu, saya tak da masa nak terangkan banyak-banyak. Lagi satu, korang leh try cara lama iaitu cara "Aku kunjung kau, kau kunjung aku" cara tinggalkan link dekat Shoutmix, itu cara paling simple, cari saja blog-blog mana yang ada shoutbox tu, tinggal link ja dan post bagitau depa "Kunjung balik yer" atau apa-apa jer la.
3. Korang post la komen kat setiap blog yang korang rasa cambest sikit, kalau tak best pun korang wat-wat best je la, orang akan rasa seronok kalau ada orang komen kat entry kita walaupun entry kita tu tak best, percayalah. sapa yang tak best kalau ada orang komen entry kita kan? Pastu tinggal link blog kita, nanti mesti depa akan kunjung blog kita balik tanda terima kasih. Percaya la cakap saya.
4. Mesti kita semua ada facebook kan?guna la facebook untuk promote blog kita tu, sekurang-kurangnya leh tarik perhatian member-member kita untuk tengok blog kita walaupun tak ramai ,pastu kalau terer try masukkan butang 'like' kat blogpost macam yang saya buat ni, so, kalau ada orang suka, depa akan tekan like dan link tersebut automatik masuk dalam wall diorang, secara tak sengaja korang dapat free trafik dari rakan-rakan orang yang klik tersebut.
5. Main S.E.O juga penting, saya tak berapa pakar sangat dalam ni, boleh google tengok cara-cara dia, semuanya main dengan keyword dan title pastu ada la sikit main dengan entry post. Leh try jugak yang tu.
6. Tengok kat sidebar saya, ada banner kecik iaitu pingmysite, backlink, busuk tu semua korang leh try tengok, mana tau dengan cara ni kita leh dapat traffik lagi banyak kan? so, cubalah tak salah mencuba
tips terakhir ialah Rajin buat benda tu setiap hari baru la blog kita semakin hari semakin meningkat, hehe, saya bagi idea ja, tapi saya tak buat pun, sebab tak rajin.
Ops, ada satu lagi lupa, Tips nak menaikkan pengunjung blog juga, yang paling penting sekali, try cuba untuk rajinkan untuk post entry-entry terbaru, dengan cara ni, blog kita sentiasa aktif dan sentiasa akan dapat perhatian dari encik google dan encik yahoo..
Sekian saja dari saya yang Ikhlas : lawak tipu
Tekan like tanda terima Kasih :)
Tekan like tanda terima Kasih :)
autosurf vs manual surf macam easyhits4u lagi bagus sebab human traffic.autosurf ni kita on je pc,login run..pastu tunggu la
ReplyDeleteTerima Kasih atas pemberitahuan..baru jer brjinak2 dalam blog nie...
ReplyDeleteTerimakasih atas informasinya gan.ijin ser http;//gamatori.com//
ReplyDelete