Lawak TIpu : Asal usul kapas

Cerita TIIPU

Kapas sangat bergua di waktu sekarang kerana ianya sangat sesuai untuk membuat bantal, tempat korek telinga, buat span dan lain-lain lagi benda-benda yang selalu digunakan oleh kita seharian, tetapi kita tidak tahu bagaimana kapas ditanam, disini saya ingin mendedahkan asal usul kapas.

Kapas di ambil dari bulu kambing biri-bri yang telah matang yakni kambing yang berusia 2-3 tahun, dan diproses sehingga menjadi seakan-akan bulu-bulu yang bewarna putih, maka terhasil lah kapas yang berkualiti tinggi dan digunakan sehingga kini oleh kita semua.

Sapa percaya tak tau la.haha..
Bulu kambing jadi kapas
(Fakta tipu)

Press Any Key to Continue

Mesti anda pernah terlihat perkataan "press any key to continue?" tetapi ada jugak sesetengah orang yang tak faham apa yang dimaksudkan press any key tu, bermaksud tekan apa-apa butang untuk teruskan, jadi mereka mencari butang "any" kat keyboard. Jadi dengan tidak mengelirukan orang ramai, pencipta keyboard telah membuat butang khas untuk orang yang tidak faham perkataan "press any key" maka terciptalah keyboard yang ada butang "Any" jadi tak perlu lagi susah payah nak pening. LOL


Gambar ilusi seolah-olah bergerak


Gambar di atas kelihatan seolah-oleh bergerak tetapi sebaliknya gambar tersebut tidaklah bergerak, ini kerana gamabr tersebut memberikan isyarat kepada otak kita untuk menggerakkan gambar itu, maka apabila kita melihat gambar ini dengan spontan, seolah-olah gambar tersebut bergerak.

Asal Usul Motorsikal

Tahukah anda semua, dari apa motor dicipta?motor dicipta dari seekor kuda dimana semua organ-organ kuda dioperate dan dimasukkan kedalam casing plastik, manakala kaki kuda pula di ubah menggunakan alat canggih supaya menjadi bulat iaitu dinamakan tayar, maka terhasil lah sebiji motorsikal, betul tak??

 

Ink Yang Dibubuh Di Dalam Pen Hitam.

 
Hai, Entri kali ini inign menceritakan tentang ink pen yang kita gunakan di sekolah, di Universiti atau pun di pejabat, mahupun di mana-mana sahaja.
Tahukah anda?Dakwat pen yang kita gunakan untuk menulis di atas kertas hanyalah menggunakan dakwat sotong yang dikeluarkan oleh sotong untuk menyerang mangsanya namun ahli saintis telah mengambil dakwat tersebut untuk dijadikan ink pada pen yang kita gunakan sekarang ini.
 
Antara lain-lain alat yang telah menggunakan dakwat dari sotong ialah:


 
Itu Sahaja Untuk Kali ini.
Komen anda?
:)

Nyamuk Berasal Dari Lalat

Tahukan anda semua bahawa Nyamuk pada dahulunya berasal dari kaum Lalat, oleh kerana mereka selalu menegur kaum mereka sendiri iaitu kaum lalat, maka kaum lalat telah bersepakat untuk mengusir mereka dari menjadi kaum lalat dan telah memulaukan mereka supaya mereka dilarang memakan sampah dan benda-benda busuk, maka dengan itu, kaum nyamuk berasa sedih dan akhirnya mereka menjadi trauma atas tindakan lalat maka mereka telah menjadi kurus dan memerlukan pendermaan darah.
Sejak Hari itu, nyamuk telah berusaha untuk menjadi gemuk semula dan telah memakan darah sesiapa sahaja.
Itu Lah saja asal usul nyamuk
 
(Pendapat Anda?)

Asal Usul Bluetooth

Semua orang pasti tahu apakah itu bluetooth, bluetooth sangat terkenal sehingga hari ini, jadi tak perlulah saya bercerita panjang tentang apakah itu bluetooh.
Disini saya hanya ingin bercerita tentang asal usul bluetooh. Namanya pun bluetooh jika ditranslate ke bahasa Malaysia ianya akan jadi "Gigi Biru".

Anda Semua perlu tahu bahawa orang pertama yang menghasilkan Bluetooth ini adalah orang yang mempunyai gigi berwarna biru. Disebabkan beliau telah penat memerah otak untuk mencipta alat tersebut, beliau telah menemui jalan buntu untuk menamakan alat tersebut. Jadi, dengan melihat mukanya di cermin sambil tersengih, beliau nampak gigi beliau sendiri dan sejak hari itu, alat tersebut telah dinamakan sebagai bluetooth.

Setuju tak??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...