Contest Aku Nak Bagi Miss Lyzeer SENTAP


Contest Aku Nak Bagi Miss Lyzeer SENTAP


Assalamualaikum, saya saja join ini contest, harap boleh menang la yer Misslyzeer?

Entry ni dizinkan oleh tuan blog tersebut untuk mengkritik blognya..Wakakaka..Bersedialah wahai anda..

1. Blog Misslyzeer ni ok kerana laju dan tak banyak widget tapi benda yang paling tak best tu, banner terlalu besar gedabak, taip ja misslyzeer.blogspot.com terus kluar banner yang besar tu, so, kalau kecik kan sikit ok la.

2. Banner tu macam terlalu simple sangat la, buat la banner yang professional sikit, kalau tak reti buat, meh saya tolong watkan pun boleh, walaupun blog saya tak de banner, hehehe.


3. Page width besaq, nampak gabai sangat, kalau bagi kecik saiz untuk post tu nampak lebih comel sikit. Pastu sidebar widget kat sebelah kanan tu tak tersusun la, ada yang terkeluaq dari kotak dia, agak tak rapi la, cuba besarkan saiz sidebar, gerenti smart.


4. Blog archive tu ltak la atas skali, senang kita nak tengok entry-entry yang lama-lama tanpa perlu drag ke bawah kan?


5 . My Profile ataupun yang CEO Company tu tak perlu bubuh pun takpa ganggu widget-widget lain yang lagi penting, padam yang tu, gerenti nampak menarik.


6. Tentang penggunaan color, bagi saya color hitam mungkin sesuai kerana tak menyakitkan mata, kalau kaler putih tu, kadang-kadang kita nak baca lama-lama jadi sakit mata sebab terlalu terang. Bubuh la background sikit bagi menarik, tapi kalau bubuh, cari yang ringan-ringan je baru gempak.

Itu sahaja antara kritikan-kritikan yang memberikan Mislyzeer sentap.
Kalau tak sentap juga, tak tau la, mungkin kurang sikit kot kritikan-kritikan ini. :)

Thanks.

Lawak Bodoh Awek

Cerita ini adalah kisah seorang gadis yang sedang cuba menghubungi pakwenye dan apabila pakwe dia meeting, maka ada seorang perempuan yang menjawab dan bercakap kepada awek tersebut, dan apabila malam, maka si awek ini pun cuba untuk telefon sekali lagi dan berlakulah diaolog seperti di bawah.

lawak bodoh awek


Awek: abang, lepas ni kita putus je la, abang memang dah curang ngn saya.


Pakwe: aikk?bila masa pulak abang curang, syg jgn buat cite tak de bukti...??


Awek: Ala..abg tak yah la nak pura-pura tak tau..tadi abg cakap ada meeting, ooo..rupe-rupenya abg di   dating ngn pmpuan lain ye..abg mmg kaki pompuan..!!A


Pakwe: Biar betul ni syg?..abg gi meeting la..bila plak abg gi dating ni??ce cite skit!!


Awek: dah tu tadi syg call abg apasal ada pompuan len jawab phone abg?siap cakap omputeh lagi..belagak btul la pmpuan tu..geram syg tau..abg cakap la sape tu??


Pakwe: abg simpan handphone dalam poket je tau..ape yg dia cakap kat syg..???


Awek: betul la..syg call byk kali dia cakap SORRY, PLEASE TRY LATER..pastu trus dia ltak..


Pakwe: Kau nak makan terajang ke, kau nak makan penampor?kang sebulan ko makan gune kaki...


Budus pnya awek.....

Lawak Betul : Budak ganggu wartawan


Artikel kali ni tak panjang kerana hanya meletakkan video lucu yang bertajuk Budak ganggu wartawan.
Cuba tengok dulu video tersebut sampai habis.
Budak ni nak jadi wartawan tapi tak diizinkan secara rasmi, kemudian budak ini pun ganggu wartawan dengan melakukan aksi-aksi yang melucukan di hadapan kamera CNN.
Kalau orang tengah tengok berita sedih, tiba-tiba nampak budak yang ganggu wartawan ni buat aksi-aksi lawak macamtu, silap-silap berita sedih tu pun jadi berita lawak, haha.

Apa-apa pun syabas kerana dengan selamba dan beraninya budak ni ganggu wartawan tersebut...Nice..
sapa yang berani boleh try cara budak ni untuk popular.haha..

Filem Hantu Bonceng menghina Agama?

Filem Hantu Bonceng



Babak dalam hantu bonceng yang menghina agama

Dikatakan babak di dalam filem hantu bonceng ini banyak yang menyentuh isu agama dan dijadikan bahan jenaka, dan salah satu babak Zizan di dalam hospital ini dikatakan menghina Rasul dengan melafazkan Kalimah syahadah yang tidak lengkap dan di sambung dengan perkataan Syaitan. "Ash ha du alla ila ha illallah, waash ha du annamuhammadar....Syaitan.."

Samada segaja atau tidak, wallahualam, tetapi jika ianya tidak disengajakan, mengapakah editor atau penyunting filem ini tidak memotong babak yang mengandungi lafaz itu, ataupun lakon semula dan tidak menggunakan lafaz-lafaz syahadah atau lain-lain yang tidak berkait dengan agama seperti cerita-cerita lain.
Sebagai contoh, filem Hantu kak limah balik rumah, walaupun ianya filem jenaka yang popular, tetapi tidak ada tersentuh langsung isu-isu yang berkaitan dengan agama.

Walaubagaimanapun, terpulang pada masing-masing untuk menilai.. video Kredit to MILOSUAM


Lawak TIpu : Asal usul kapas

Cerita TIIPU

Kapas sangat bergua di waktu sekarang kerana ianya sangat sesuai untuk membuat bantal, tempat korek telinga, buat span dan lain-lain lagi benda-benda yang selalu digunakan oleh kita seharian, tetapi kita tidak tahu bagaimana kapas ditanam, disini saya ingin mendedahkan asal usul kapas.

Kapas di ambil dari bulu kambing biri-bri yang telah matang yakni kambing yang berusia 2-3 tahun, dan diproses sehingga menjadi seakan-akan bulu-bulu yang bewarna putih, maka terhasil lah kapas yang berkualiti tinggi dan digunakan sehingga kini oleh kita semua.

Sapa percaya tak tau la.haha..
Bulu kambing jadi kapas
(Fakta tipu)

Press Any Key to Continue

Mesti anda pernah terlihat perkataan "press any key to continue?" tetapi ada jugak sesetengah orang yang tak faham apa yang dimaksudkan press any key tu, bermaksud tekan apa-apa butang untuk teruskan, jadi mereka mencari butang "any" kat keyboard. Jadi dengan tidak mengelirukan orang ramai, pencipta keyboard telah membuat butang khas untuk orang yang tidak faham perkataan "press any key" maka terciptalah keyboard yang ada butang "Any" jadi tak perlu lagi susah payah nak pening. LOL


Gambar ilusi seolah-olah bergerak


Gambar di atas kelihatan seolah-oleh bergerak tetapi sebaliknya gambar tersebut tidaklah bergerak, ini kerana gamabr tersebut memberikan isyarat kepada otak kita untuk menggerakkan gambar itu, maka apabila kita melihat gambar ini dengan spontan, seolah-olah gambar tersebut bergerak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...